
Selamat Datang Ke Laman Biografi Yana
![]()
![]() |
|
| Mukaddimah Assalamualaikum...... Selamat Datang Ke laman Biografi Yana, Yana ingin ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengunjungi laman Yana yang tak seberapa nie...Sebagai rakyat Malaysia, Yana juga tak mahu ketinggalan untuk sama-sama menghasilkan laman web yang terbaik dan bermutu, tapi pengalaman yang terbatas, ini sahajalah yang dapat Yana hasilkan buat tatapan saudari/saudara sekalian....diharap pada masa akan datang Yana akan dapat menghasilkan satu laman yang terbaik dan berinformasi.....
Nama:
Ruziana Bt. Rusli ---Top
UMNO terlalu terdesak sehingga sanggup menyalahgunakan harta rakyat dengan mempergunakan media sebagai alat kempen dan membelakangkan hak kebebasan bersuara dan kebebasan media. Lihat sahajalah pada beberapa siri pilihanraya kecil yang diadakan baru-baru ini seperti Sanggang dan Teluk Kemang. Segala jenis media diperkudakan UMNO, mendera pengundi secara brainwash serta ugutan dan tak masuk akal. Berangan besar konon akan menang majoriti lebih besar...,kesudahannya menang dengan majoriti berkurangan....bila ditanya wartawan......mengapa majoriti berkurangan??....jawabnya mudah.....konon pembangkang mainkan sentimen perkauman keterlaluan dan berunsur jahat....!! inikah cara pemimpin umno?? apakah setiap undi itu adalah wajib diberi kepada UMNO?? Bukan isu Anwar, bukan isu babi, bukan isu perkauman, bukan sesuatu isu itu-ini yang harus dipolitikkan... tapi isu Jati diri Islam(bukan jati diri Melayu seperti yang dilaung-laungkan umno, kan lebih tepat diberi nama jati diri Islam), rujuklah pada kitab-kitab besar, betapa pentingnya jatidiri Islam itu berada dalam diri seorang muslim.... bercakap benar, tepat pada janji (bertentangan dgn jatidiri melayu...selalu mungkir janji), tidak menganiya sesama makhluk baik manusia mahupun binatang..itukan semua perkara yang sebenar-benarnya yang sepatutnya ada dan wajib ada dalam diri kita...... soal pembangkang tak lain tak bukan...tapi soal jatidiri Islam! apa yang Mahathir buat?? (tak layak dipanggil Dr ke atau YB ker....umno memang marah kalau kita tak panggil Mahathir tanpa gelaran tu.....Singapore dah kena dah...)...KLCC, Menara KL, KLIA, LRT....semuanya yang terbesar dan tertinggi...tapi untuk siapa?? Cubalah cari Kedai yang jual barang paling murah di
KLCC, Cubalah panjat Menara KL tanpa dikenakan RM10 dan
cari/tumpang teksi di KLIA yang kadar tambangnya sekitar
RM50 keatas(kenapa teksi bandar tak boleh masuk...buruk
sangat ke??......atau dapatkah anda bergerak bebas ke KL
dengan kenderaan sendiri dan cari parking free... trafik
jem 24 jam walaupun ada LRT!!! pasal apa ada LRT tapi
trafik masih jem?? Pasal kompeni Proton dok racun rakyat
beli kereta Proton(untung depa dapat)..tu yang selalu
keluar paper tiap-tiap bulan..."Proton berjaya jual
10,000unit kereta sebulan".. camne tak jem
rupa-rupanya, 10,000 kereta keluar tiap-tiap
bulan!!!!....Sampai bila nak sudah???? ---Top
Kali kedua dengan si 'Z' , kali nie paling serius...sehingga Yana hampir-hampir ke jinjang pelamin pada tahun 1995..tapi malang si 'Z' lebih mementingkan harta dari kasih sayang, pertunangan yang telah diikat selama 5 bulan putus begitu sahaja setelah 'Z' berkahwin dengan seorang Janda kaya anak satu. Semenjak itu Yana ingin terus melupakan kenangan silam dan berlarutan sehingga kini. Kini Yana sudah benar-benar melupakan peristiwa dulu dan mula mencari teman teristimewa jika ada jodoh. Kini Yana merupakan anak tunggal yang masih belum berumahtangga. Pada Hari Raya Haji lalu, adik bongsu Yana, 'Am' telahpun melangsungkan perkahwinan dengan gadis Sarawak. Entah mengapalah diri Yana nie susah nak terpikat pada lelaki, berkawan dengan lelaki pun susah, ada yang kata Yana sombong dan perasan lawa...tapi hakikatnya tidak...Yana bukanlah jenis seperti itu, Yana cuma dilihat sahaja begitu tapi Yana sebenarnya pemalu dan ingin menjaga ketertiban seorang muslimah sejati. Kini Yana berusaha mencari teman hidup
sejati....seboleh-bolehnya(tak wajibpun, kalau jodoh tu
jodohlah) biarlah seorang muslim sejati,
beriman/bertakwa, mempunyai harta tetap, berpendidikan
dan berfahaman agama yang baik dan anti-sekularisme,
bujang dan berumur 25-35 tahun, anak jati Kelantan,
menyayangi diri ini umpama menyayangi ibu sendiri,
berkahwin bukan untuk seksual semata-mata tapi naluri
kasih sayang kekeluargaan, tidak pernah menjalani sejarah
hitam(bukan drug addict, kaki botol), kelakar dan
bersifat manja. ---Top Emm....panjang terungkai sudah Yana coretkan di laman ini....sesuai dengan prinsip Yana, suka berterus-terang....andai kata terkurang atau terlebih...mohon maaf dari Yana....semoga anda semua berpuas hati dengan coretan Yana...sekian....wassalam.........
Laman ini dikemaskini kali terakhir
pada 16 Jun2000 |